Wednesday 15 February 2017

KEM TERAKHIR SEBAGAI FASILITATOR PENDIDIKAN LUAR FSSKJ UPSI


Agak sukar untuk move on dari semua ini,tapi hidup mesti diteruskan juga.Mana tidaknya,disini organisasi tempat aku mula-mula bertatih oleh kerana minta yang mendalam didalam dunia pendidikan luar ini.Walaupun berbeza tempat dibengkelkan dan tempat digraduasikan,ianya sangat bermakna bagiku,kerana aku berpegang kepada prinsip "kau tau apa yang kau nak",jadi tiada masalah bagi aku utuk mengadaptasikan perkara-perkara baru.Kalau dulu duduk di aktiviti tali,sekarang amik cabaran baru duduk di aktiviti basikal lasak.Pengalaman baru,dengan saiz badan yang besar,basikal pinjam,,aaarrggghhhhhhh...Sebelum terlupa juga,ada diselitkan gambar-gambar mentee terakhir,it's GLUTEUS..Special thanks juga dkat Dr Mazuki Yasim diatas perkongsian,kesabaran,kesudian,pengorbanan untuk mendidik anak-anak fasilitator pendidikan luar.































Kebetulan,rezeki dan macam-macam lagi,tidak pernah aku bayangkan aku akan menerima hadiah dipenghujung karier sebagai fasilitator pendidikan luar ini.Hadiah paddle daripada Dr Mazuki adalah hadiah yang sangat bermakna bagiku.Daripada 6 orang fasi Afruz,tinggal seorang sahaja yang bertahan sehingga penghujung.Berkat kesabaran dan semngat ingin belajar ditambah pula dengan semangat adik-adik nuri,panthera,unity,zircon,titan,viper membuat aku lebih bersemangat mengharungi perjalanan sepanjang pendidikan luar.















Bermula sebagai peserta kursus pendidikan luar diteluk segadas pulau pangkor,seterusnya menyambung perjalanan sebagai fasilitator bengkel pendidikan luar(sem2),kem direktor kem amali pendidikan luar (sem4/5) dan akhirnya digraduasikan di Kem Perlok Sungkai Perak.Dalam masa yang sama menerima kedatangan adik fasi yang baru daripada batch titan dan viper (wiwin,aus,maz,idayu,umi dan ecah) yang bakal meneruskan legasi fasilitator ini.Cekalkan hati,tahu apa yang diinginkan,insyaallah anda semua akan terus sukses.







Kem amali pendidikan luar di kem Perlok Sungkai meninggalkan seribu satu kenangan yang tidak dapat aku lupakan,tempat aku digraduasikan.uacpan selamat maju jaya kepada barisan kepimpinan dan juga adik-adik penyambung legasi akan sentiasa tersemat didalam doa.Semoga anda semua terus sukses dimasa hadapan.PAsti aku akan merindui saat-saat didalam organisasi ini.Sehingga kita berjumpa lagi dimasa dan waktu yang akan datang.


  1. YANG MERINDUI

FITTREYHAZWANN


No comments:

Post a Comment