Thursday 19 January 2017

TERIMA KASIH DR MAZUKI BIN MOHD YASIM




TERIMA KASIH DR MAZUKI BIN MOHD YASIM
PENSYARAH KURSUS PENDIDIKAN LUAR UPSI




 Bingkisan dari UPSI ke UPSI
Teringat ketika mula kaki melangkah kaki ke upsi..adakah benar ini sebuah universiti??
ramai yg berbasikal dari berkereta sendiri..
tidak ramai ahli, tp ukhwahnya melekat dihati..
di upsi ku jatuh hati dgn rekreasi..
mana ceruk ku redah demi minat yg tiada
galang ganti..




sem 1, mula cinta bersemi..
kem pendidikan luar sentiasa tetap di sanubari..berkejar ke sana ke mari..hati berteki.."adakah ini yg harus ku hadapi?"..
berlantaikan kanvas di pulau yg sepi..
tetapi..
siapa tahu..
di sini tempat aku mula berdiri..bertatih mengenal diri sendiri.."antara mimpi dan realiti..
hanya itu dapat ku rangkumi..
duduk di kanvas sambil memeluk lutut sendiri..
setiap pensyarah ku renungi...
Tak kan ku lupa segala budi..
barisan pensyarah yang banyak berbudi di hadapan terus ku tatapi..
hajat di hati inshallah suatu hari nanti..
tempat mu akn ku ganti..


cepatnya masa mendaki..
2006 aku kembali ke upsi..
menabur jasa utk anak upsi..
kini tidak lagi duduk sila kaki, tetapi di kerusi dan kadang kala berdiri menatap wajah anak upsi..2008 kembara ilmu ku bermula di sini..
2010 kembali lagi ke bumi bertuah ini...
masih kuatkah untuk aku terus berdiri?? 
2 tahun menabur bakti..



2012 aku kemudi lagi..
mencari segulung kertas pilosopi buat bekal bela anak isteri..soalan anak yang selalu meniti.."pa, bila papa nak habis study?"..
kataku.."nak, sabar perlu sentiasa di hati..
sampai ketikanya nanti..kita sekeluarga akan kembali ke upsi".


dan hari ini di sini aku berdiri..
masih lg dibwh khemah induk ank kandung upsi..
ttp berbeza fungsi, gerak tari dan kemudi..
buat anak2 fc yg sentiasa disenangi..
anak2 bongsu yg masih mencari jati diri...
jaga tingkah, langkah dan peri..
kerana kita semua adalah warisan upsi....


                                 



NUKILAN DR MAZUKI BIN MOHD YASIM
PENSYARAH PENDIDIKAN LUAR UPSI
PERKHEMAHAN AKHIR PENDIDIKAN LUAR
KEM PERLOK,SUNGKAI,2017